Thursday, October 11, 2001

Programme


29 NOVEMBER 2009 (AHAD)

Pagi        - Bertolak dari KL secara berkelompok.
               - Sampai di Kota Kinabalu, Sabah.
               - Berkumpul sehingga semua kumpulan sampai.

Petang   - Bergerak ke Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Malam    - Makan malam di Anjung Selera.


30 NOVEMBER 2009 (ISNIN)

Pagi        - Sarapan
               - Melawat sekitar UMS
               - Sesi Dialog bersama pimpinan mahasiswa UMS
               - Pembentangan daripada Jawatankuasa Projek mengenai aktiviti kolej.
 

Tengahari    - Melawat Muzium Sabah
Malam    - Bermalam di UMS.


1 DISEMBER 2009 (SELASA)


Pagi        - Bertolak ke Gunung Kinabalu
Petang    - Daftar masuk di Mesilau.
Malam    - Berehat dan taklimat mengenai persediaan mendaki


2 DISEMBER 2009 (RABU)


Pagi        - Mula mendaki gunung
Petang    - Mendaftar masuk di Gunting Lagadan Hut


3 DISEMBER 2009 (KHAMIS)


Pagi        - Bertolak ke Puncak
               - Bergerak turun dari puncak gunung
               - Tiba di ‘base point’, Kinabalu Park

Petang    - Bergerak pulang ke Kota Kinabalu, bermalam di UMS


4 DISEMBER 2009 (JUMAAT)


Pagi        - Bertolak pulang ke KL




CADANGAN AKTIVITI DI UMS


  1. Sesi Dialog bersama pimpinan pelajar UMS.
  2. Tayangan / persembahan multimedia aktiviti kolej.
  3. Perbincangn mengenai  idea dan konsep 1Malaysia dan cara mengaplikasinya di peringkat universiti.
  4. Lawatan sekitar UMS.

CADANGAN AKTIVITI BIRO PROGRAM DI KOLEJ
  1. Latihan Fizikal
  2. Menyemarakkan dan mengaplikasikan  “Konsep 1Malaysia” di UM.



Tuesday, September 11, 2001

About


PENGENALAN


Projek Menggapai Kinabalu merupakan salah satu projek anjuran Jawatankuasa Kerja Perkembangan (JKP) Sukan dan Rekreasi, Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010. Projek ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada penghuni Kolej Kediaman Kinabalu untuk menawan puncak Gunung Kinabalu yang merupakan tanda semangat dan identiti bagi kolej ini. Dalam pada masa yang sama, ia juga berhasrat untuk mengekalkan hubungan baik antara Kolej Kediaman Kinabalu dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta memahami kepelbagaian budaya dan masyarakat negeri Sabah yang mempunyai pelbagai etnik.


Sebagai entiti akademik yang mempunyai tujuan yang sama bersama kerajaan, projek ini juga dijalankan sebagai tanda semangat jiwa muda yang ingin merealisasikan tema “Belia 1Malaysia, Menuju Puncak”, sejajar dengan konsep 1Malaysia yang di perkenalkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.



OBJEKTIF
  1.  Merapatkan perhubungan antara Kolej Kediaman Kinabalu dengan beberapa organisasi berkaitan di Negeri Sabah.

  2. Menyemarakkan semangat 1Malaysia dengan meletakkan simbol 1Malaysia di puncak tertinggi di Malaysia ini.

  3.  Memupuk dan menyedarkan peserta tentang penjagaan alam sekitar serta memulihara khazanah alam yang terdapat di Malaysia.

  4. Memberi peluang kepada pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti yang berbentuk fizikal dan mental selain mendedahkan pelajar kepada aktiviti luar.

  5. Menyemai kesedaran tentang kepentingan rekreasi di kalangan mahasiswa Kolej Kediaman Kinabalu.

 JUSTIFIKASI

  1. Projek ini akan disertai seramai 40 orang  daripada kalangan penghuni Kolej Kediaman Kinabalu.

  2. Jawatankuasa Pelaksana Menggapai Kinabalu sesi 2009/2010 bercadang untuk meletakkan simbol 1Malaysia di puncak gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia. Ini dapat menyemarakkan lagi semangat belia lain dalam merealisasikan konsep 1Malaysia.

  3. Sepanjang projek ini dijalankan, peserta akan melawat ke beberapa tempat seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan kemuncaknya di Gunung Kinabalu.

  4. Dalam lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), ahli jawatankuasa projek ini akan mengadakan diskusi dan berinteraksi bersama mahasiswa – mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) di samping dapat bertukar fikiran dan idea di antara satu sama lain terutamanya mengenai “Peranan mahasiswa di dalam membantu merealisasikan konsep 1Malaysia di peringkat Universiti masing-masing”, serta mengenai sistem urustadbir pengurusan asrama dan akademik di UMS dan juga UM.

  5. Projek ini membawa matlamat dan misi iaitu “Belia 1Malaysia, Menuju Puncak” di samping membawa misi kesedaran mahasiswa dalam menjaga khazanah negara.



TEMA
‘Belia 1Malaysia, Menuju Puncak’

Tema ini diambil sempena idea dan konsep yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Dalam usaha untuk merealisasikan konsep ini, para peserta akan meletakkan simbol 1Malaysia di puncak tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara, untuk itu menunjukkan semangat dan simbolik ke arah menyedarkan kalangan belia mengenai pentingnya mengamalkan konsep 1Malaysia demi keamanan dan kemakmuran sejagat.




Friday, August 10, 2001

Members


Click on image for larger view.

Wednesday, July 11, 2001

Contact Us


Please contact the respective head of departments which are related to your questions and problems thank you.


DIRECTOR
NUR SHARMILA ZOLKIFLEE           017-4959 163


SECRETARY
MOHD FADHLI RAHMAT FAKRI           017-7792 577


TREASURER
LOK PEI LENG          012-3007 918


HEAD OF PROGRAMS & TECHNICAL
MOHAMMAD FUAD M. SUBKHI            012-6214 744


HEAD OF SPONSORSHIP
MUHAMMAD NAIM RADZUWAN          017-2117 794


HEAD OF PUBLICITY / WEBMASTER
NORMAN ZAKARIA           017-3829 227


HEAD OF DOMESTIC
HOR WENG HONG           016-4856 901


HEAD OF SPECIAL TASKS (TTK)
SITI NORFA LIANA SAHIFULDDIN           013-5960 194