Tuesday, November 17, 2009

Semangat Menggapai Kinabalu








Antara gambar-gambar Projek Menggapai Kinabalu 2007 (MK07)

Projek Menggapai Kinabalu (MK) sering dikatakan antara projek terbaik kolej sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2005. Merujuk kepada entry Pengarah kita (Notis Penting), saya juga ingin mengingatkan dan menyeru diri saya dan ahli-ahli yang lain supaya memberikan komitmen dan disiplin yang tinggi bagi memastikan projek ini berjalan dengan jayanya. Berbanding dengan projek-projek lain di kolej, projek ini melibatkan segala aktiviti di luar UM, iaitu di SABAH. Jadi sepanjang di sana, kita membawa imej KK8 dan Universiti Malaya di pandangan mata orang lain, khususnya tentang disiplin dan tingkah laku kita.

Antara faktor kejayaan projek MK yang lepas adalah adanya SEMANGAT , KOMITMEN dan DISIPLIN yang tinggi di kalangan semua ahli. Jadi untuk edisi kali ini, saya berharap agar kesemua 29 ahli MK09 dapat menunjukkan semangat kerjasama sebagai sebuah pasukan demi memastikan projek kita dapat berjalan dengan jayanya. Ini kerana kita akan mendaki Gunung Kinabalu sebagai sebuah pasukan, bukannya secara individu. Jadi saya berharap kita semua akan dapat menawan puncak Gunung Kinabalu, dan tiada yang tercicir.

Walaupun kos untuk projek ini agak tinggi, tapi jika kita bersungguh-sungguh menjayakan projek ini, pulangannya lebih bermakna untuk semua. " We Will Come, We Will See, We Will Conquer!".

One response to “Semangat Menggapai Kinabalu”

tuan director said...

waa bestnya
bila nak sampai ni

Leave a Reply