Saturday, November 7, 2009

The Summit Trail


Inilah peta laluan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu . Berbanding dengan edisi lain Menggapai Kinabalu sebelum ini yang bermula dari Timpohon Gate, pada tahun ini kita akan memulakan pendakian dari Mesilau Gate untuk ke Laban Rata, di mana jarak pendakian adalah lebih kurang 8km, berbanding 6km jika bermula dari Timpohon Gate.

Seperti dalam gambar, terdapat beberapa pondok yang berfungsi sebagai tempat rehat sepanjang pendakian nanti. Di pondok-pondok ini ada disediakan kemudahan tandas dan juga air gunung yang segar (rasanya agak unik sedikit). Sepanjang pendakian nanti, kita akan dapat melihat kepelbagaian spesis tumbuhan-tumbuhan gunung yang sangat cantik dan juga pemandangan yang memukau. Trek pendakiannya agak mencabar kerana merentasi hutan gunung yang basah, lembap dan bentuk muka bumi yang berbeza mengikut paras ketinggian.

Oleh itu, semua ahli Menggapai Kinabalu 2009 diminta memastikan kesediaan diri khususnya dari segi fizikal untuk ke sana nanti. Meskipun latihan fizikal yang melibatkan semua ahli belum dapat dijalankan, namun persediaan sendiri sangat digalakkan.

No response to “The Summit Trail”

Leave a Reply