Tuesday, September 11, 2001

About


PENGENALAN


Projek Menggapai Kinabalu merupakan salah satu projek anjuran Jawatankuasa Kerja Perkembangan (JKP) Sukan dan Rekreasi, Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya bagi sesi 2009/2010. Projek ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada penghuni Kolej Kediaman Kinabalu untuk menawan puncak Gunung Kinabalu yang merupakan tanda semangat dan identiti bagi kolej ini. Dalam pada masa yang sama, ia juga berhasrat untuk mengekalkan hubungan baik antara Kolej Kediaman Kinabalu dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta memahami kepelbagaian budaya dan masyarakat negeri Sabah yang mempunyai pelbagai etnik.


Sebagai entiti akademik yang mempunyai tujuan yang sama bersama kerajaan, projek ini juga dijalankan sebagai tanda semangat jiwa muda yang ingin merealisasikan tema “Belia 1Malaysia, Menuju Puncak”, sejajar dengan konsep 1Malaysia yang di perkenalkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.



OBJEKTIF
  1.  Merapatkan perhubungan antara Kolej Kediaman Kinabalu dengan beberapa organisasi berkaitan di Negeri Sabah.

  2. Menyemarakkan semangat 1Malaysia dengan meletakkan simbol 1Malaysia di puncak tertinggi di Malaysia ini.

  3.  Memupuk dan menyedarkan peserta tentang penjagaan alam sekitar serta memulihara khazanah alam yang terdapat di Malaysia.

  4. Memberi peluang kepada pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti yang berbentuk fizikal dan mental selain mendedahkan pelajar kepada aktiviti luar.

  5. Menyemai kesedaran tentang kepentingan rekreasi di kalangan mahasiswa Kolej Kediaman Kinabalu.

 JUSTIFIKASI

  1. Projek ini akan disertai seramai 40 orang  daripada kalangan penghuni Kolej Kediaman Kinabalu.

  2. Jawatankuasa Pelaksana Menggapai Kinabalu sesi 2009/2010 bercadang untuk meletakkan simbol 1Malaysia di puncak gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia. Ini dapat menyemarakkan lagi semangat belia lain dalam merealisasikan konsep 1Malaysia.

  3. Sepanjang projek ini dijalankan, peserta akan melawat ke beberapa tempat seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan kemuncaknya di Gunung Kinabalu.

  4. Dalam lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), ahli jawatankuasa projek ini akan mengadakan diskusi dan berinteraksi bersama mahasiswa – mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) di samping dapat bertukar fikiran dan idea di antara satu sama lain terutamanya mengenai “Peranan mahasiswa di dalam membantu merealisasikan konsep 1Malaysia di peringkat Universiti masing-masing”, serta mengenai sistem urustadbir pengurusan asrama dan akademik di UMS dan juga UM.

  5. Projek ini membawa matlamat dan misi iaitu “Belia 1Malaysia, Menuju Puncak” di samping membawa misi kesedaran mahasiswa dalam menjaga khazanah negara.



TEMA
‘Belia 1Malaysia, Menuju Puncak’

Tema ini diambil sempena idea dan konsep yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Dalam usaha untuk merealisasikan konsep ini, para peserta akan meletakkan simbol 1Malaysia di puncak tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara, untuk itu menunjukkan semangat dan simbolik ke arah menyedarkan kalangan belia mengenai pentingnya mengamalkan konsep 1Malaysia demi keamanan dan kemakmuran sejagat.