Friday, October 9, 2009

PERINGATAN : Khidmat Komuniti 11/10/09


Khidmat Komuniti yang sepatutnya diadakan pada 10/10/09 telah ditunda kepada 11/10/09 disebabkan oleh akitivti "Walk for Charity" yang akan diadakan esok. Anda semua diminta menghadirkan diri di foyer pada hari Ahad(11/10/09) pada pukul 8 pagi untuk menyertai Khidmat Komuniti. 


- sila bawa bakul dan kain buruk sendiri.
- pakaian seperti biasa iaitu baju biru kolej kinabalu & seluar trek.


Jika anda tidak boleh menghadirkan diri, sila hubungi mana-mana MT dan memberikan sebab yang munasabah. Nombor mereka terdapat di sini

3/10/2009 Khidmat Komuniti



Ahli-ahli Projek Mengappai Kinabalu telah mengadakan khidmat komuniti di kawasan perumahan TTDI pada 3 Oktober 2009. Seramai 11Ahli menghadirkan diri dan Aktiviti tersebut berlangsung dari 9AM hingga 12PM . Malangnya cuaca yang tidak mengizinkan telah menghalang kita dari mengumpul lebih dana. Walaubagaimanapun, 11 Ahli yang menyertai khidmat komuniti tersebut telah berjaya mengumpul wang dana sebanyak RM400!


Majlis Tertinggi Menggapai Kinabalu berharap lebih ramai ahli menyertai khidmat komuniti yang akan datang!

Laman Web Projek Menggapai Kinabalu 09/10 Kini Dibuka!


Walaupun ditangguh untuk beberapa minggu, Laman Web Projek Menggapai Kinabalu 09/10 akhirnya dilancar! Anda boleh memberi cadangan atau aduan dengan menghubungi webmaster(Norman) di 017-3829227 ataupun e-mail kepada konz3nx@gmail.com . Semua orang digalakkan meninggalkan mesej di Shoutbox yang terdapat pada sebelah kanan laman web! Enjoy!