Tuesday, November 17, 2009

Semangat Menggapai Kinabalu








Antara gambar-gambar Projek Menggapai Kinabalu 2007 (MK07)

Projek Menggapai Kinabalu (MK) sering dikatakan antara projek terbaik kolej sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2005. Merujuk kepada entry Pengarah kita (Notis Penting), saya juga ingin mengingatkan dan menyeru diri saya dan ahli-ahli yang lain supaya memberikan komitmen dan disiplin yang tinggi bagi memastikan projek ini berjalan dengan jayanya. Berbanding dengan projek-projek lain di kolej, projek ini melibatkan segala aktiviti di luar UM, iaitu di SABAH. Jadi sepanjang di sana, kita membawa imej KK8 dan Universiti Malaya di pandangan mata orang lain, khususnya tentang disiplin dan tingkah laku kita.

Antara faktor kejayaan projek MK yang lepas adalah adanya SEMANGAT , KOMITMEN dan DISIPLIN yang tinggi di kalangan semua ahli. Jadi untuk edisi kali ini, saya berharap agar kesemua 29 ahli MK09 dapat menunjukkan semangat kerjasama sebagai sebuah pasukan demi memastikan projek kita dapat berjalan dengan jayanya. Ini kerana kita akan mendaki Gunung Kinabalu sebagai sebuah pasukan, bukannya secara individu. Jadi saya berharap kita semua akan dapat menawan puncak Gunung Kinabalu, dan tiada yang tercicir.

Walaupun kos untuk projek ini agak tinggi, tapi jika kita bersungguh-sungguh menjayakan projek ini, pulangannya lebih bermakna untuk semua. " We Will Come, We Will See, We Will Conquer!".

Thursday, November 12, 2009

NOTIS PENTING

Salam,

Perhatian kepada semua ahli menggapai kinabalu 09/10. Sila bayar RM 100 untuk bulan oktober, dan RM100 untuk bulan nov.Ini adalah memudahkan urusan projek kita yang hanya tinggal beberapa hari sahaja. Sila jelaskan kepada bendahari iaitu Pei Leng di bilik A305, dan lelaki sila bayar kepada s/u iaitu Fadhli.

Kita akan adakan meeting pada 21hb Nov nov 10pm di bilik sulug. Semua DIWAJIBKAN hadir. Saya takkan teragak2 untuk mengambil tindakan kepada ahli menggapai yang tidak berdisiplin. Meeting ini teramat penting kerana pelbagai maklumat dan perbincangan penting prjek akan dijalankan.

Seperti yang sedia maklum, kem latihan fizikal serta community services and persediaan projek akan dijalankan bermula 22hb Nov. Dan semua sdh sedia mklm mengenai perkara ini dan dipersetujui pada meeting yang lepas.Saya akan briefing bnda ni time meeting 21hb tu.

Seperti yang kita ketahui, projek ini amat mementingkan disiplin.Kerana kita bukan sahaja akan menjalankan konferens dgn mpp ums, melihat sekitar Kota Kinabalu, tetapi misi utama kita menawan puncak gunung kinabalu. Jadi bukan perkara yang mudah untuk sampai ke puncak. Saya memerlukan komitmen dan disiplin tggi dari pihak anda, bermula dari 21hb Nov jam 10pm, sehingga projek ini selesai.

Sewaktu, kem kita nanti, kita kan jalankan communty services, dgn harapan kita akan mendapat dana bagi perbelanjaan kita di sana. (shopping+makan+jalan2).hehe. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Saya akan cuba memanfaatkan projek ini dengan mmbawa anda semua shopping dan berjalan2 di sekitar KK , di samping misi utama menawan puncak gunung dah konferens dengan mpp ums.

Jadi kalau nak projek kita mempunyai kenangan terindah, sama2 la memberi komitmen yer!!!. Jangan ada yang jadi "passenger". Semua mesti berdisiplin!!!


Okla, sekian sahaja dari pengarah~~~.Jumpa nanti jam 10malam di bilik sulug pada 21hb November

Kepada yang dab baca entry ni, sila tinggalkan komen beserta nama anda.so dat saya tau sape yg xbaca and xamek tau pasal projek ni. I have to be straight.

Saturday, November 7, 2009

The Summit Trail


Inilah peta laluan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu . Berbanding dengan edisi lain Menggapai Kinabalu sebelum ini yang bermula dari Timpohon Gate, pada tahun ini kita akan memulakan pendakian dari Mesilau Gate untuk ke Laban Rata, di mana jarak pendakian adalah lebih kurang 8km, berbanding 6km jika bermula dari Timpohon Gate.

Seperti dalam gambar, terdapat beberapa pondok yang berfungsi sebagai tempat rehat sepanjang pendakian nanti. Di pondok-pondok ini ada disediakan kemudahan tandas dan juga air gunung yang segar (rasanya agak unik sedikit). Sepanjang pendakian nanti, kita akan dapat melihat kepelbagaian spesis tumbuhan-tumbuhan gunung yang sangat cantik dan juga pemandangan yang memukau. Trek pendakiannya agak mencabar kerana merentasi hutan gunung yang basah, lembap dan bentuk muka bumi yang berbeza mengikut paras ketinggian.

Oleh itu, semua ahli Menggapai Kinabalu 2009 diminta memastikan kesediaan diri khususnya dari segi fizikal untuk ke sana nanti. Meskipun latihan fizikal yang melibatkan semua ahli belum dapat dijalankan, namun persediaan sendiri sangat digalakkan.